Category Archives: berita madu

Madu Biru, Madu Hijau

Adakah anda pernah teringin untuk menikmati madu berwarna biru atau madu berwarna hijau?

Penternak madu lebah di Perancis tergamam seketika apabila mendapati lebah-lebah mereka mula menghasilkan madu yang berwarna-warni. Ada sarang yang mempunyai madu berwarna biru, manakala ada pula yang berwarna hijau.

madu-hijau-madu-biru

Selepas siasatan, penternak madu tersebut menjumpai sebab sebenar madu berwarna ganjil itu – coklat M&M. Sebuah loji biogas yang berhampiran ladang pemeliharaan lebah mereka sedang memproses sisa coklat M&M yang berwarna merah, kuning, biru dan hijau.

Lebah-lebah yang diternak di ladang itu pula tertarik kepada warna cerah coklat lalu menghisap gula daripada coklat itu. Kesannya, madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah ini mengandungi pewarna daripada coklat M&M tersebut.

Setelah perkara ini dilaporkan, pemilik loji telahpun menghentikan pemprosesan dengan serta-merta. Syarikat biogas tersebut mengambil langkah untuk menutup bekas-bekas yang mengandungi pewarna supaya tidak terdedah kepada lebah.

Untuk para peminat madu, madu biru dan hijau dari Perancis ini bukanlah untuk dijual. Madu yang terbaik adalah madu asli tulen dengan warna semulajadi yang kuning keemasan.