Category Archives: khasiat madu

5 Minuman Berkhasiat Madu

Sebenarnya meminum madu dengan air kosong adalah cara yang terbaik untuk menikmati khasiat madu.

Berikut adalah senarai 5 minuman berkhasiat campuran bersama madu :

Madu dan halia
Campuran madu dengan halia berkhasiat untuk menghilangkan batuk dan mengeluarkan angin. Minuman ini berkesan untuk memulihkan pelbagai penyakit berkaitan kerongkong dan pernafasan (seperti lelah).
Madu dan kayu manis
Campuran madu dengan kayu manis berkesan menyembuhkan penyakit-penyakit yang agak serius seperti sakit sendi, kolestrol darah yang tinggi dan mencegah sakit jantung. 
Mungkin antara khasiat yang paling menarik dari minuman ini adalah ia dapat menguatkan tenaga batin.
Cara menyediakan adalah dengan mencampurkan satu bahagian madu dengan satu bahagian serbuk kayu manis.
Madu dan jintan hitam (Habbatussauda)
Madu dan Habbatussauda (jintan hitam) kedua-duanya merupakan peyembuh kepada segala macam penyakit. Campuran minuman ini sudah tentu mempunyai seribu satu khasiat yang terlalu panjang untuk disenaraikan di sini.
Madu dan limau nipis
Campuran madu dengan limau boleh melegakan batuk dan suara serak. Minuman ini juga membantu penghadaman.
Madu dan cuka (epal)
Campuran madu dengan cuka. Cuka epal kerap dicadangkan untuk campuran ini. Bahan aktif dalam minuman ini adalah asid dalam cuka.
Asid dalam cuka dikatakan boleh meyeimbangkan alkali dalam darah. Khasiatnya adalah dalam mencegah selesema, sinus dan pelbagai penyakit biasa.

Anda dapat lihat ramuan minuman di atas hanya menggunakan bahan-bahan dapur biasa yang mudah didapati. Namun perlu diingatkan, minumnya bukan sekali dua, tetapi diamalkan sepanjang masa untuk merasai kesannya.

10 Cara Mudah Menikmati Khasiat Madu

Ramai pengamal madu mungkin akan tertanya pada suatu ketika, “Adakah cara lain mengambil madu selain daripada terus makan begitu sahaja?”. Sudah tentu. Bahkan ada pelbagai cara kreatif menikmati khasiat madu tanpa memerlukan persediaan atau bahan-bahan yang rumit.

Di sini, Khasiat-Madu.com berkongsi 10 cara mudah untuk menikmati khasiat madu.

  1. Campurkan madu dengan air kosong. Boleh juga dicampurkan dengan minuman lain seperti air limau / lemon, jus oren, teh dan juga kopi. Madu boleh menggantikan gula untuk kurangkan manis dalam minuman harian.
  2. Sapukan madu pada roti. Lebih harum dengan roti bakar.
  3. Gunakan sebagai perasa tambahan pada jem buah-buahan buatan sendiri.
  4. Sapukan atau cecahkan madu dengan biskut.
  5. Gunakan madu sebagai perasa tambahan (atau dressing) pada salad buah-buahan.
  6. Sapukan madu pada daging sebelum digoreng atau dipanggang.
  7. Tambahkan madu pada oat atau bijirin sarapan (pastikan ia tidak dibuat terlalu basah).
  8. Tambahkan madu pada penkek.
  9. Tambahkan madu pada aiskrim. Ia menjadikan snek anda lebih sihat.
  10. Makan madu bersama-sama cebisan sarang lebah. Sarang lebah dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri.

Selain cara-cara di atas, madu sering dijadikan antara ramuan untuk resipi yang lebih lengkap seperti ayam madu. Kepada para peminat madu yang ingin berkongsi cara kreatif anda mengambil madu, sila hantarkan resepi anda.

Khasiat Madu untuk Bayi

Khasiat madu boleh dikatakan sesuai untuk semua. Sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dan tahap kesihatan yang berlainan. Madu boleh diambil untuk semua lapisan umur – kecuali satu, iaitu bayi yg berumur 6 bulan dan ke bawah.

Menurut kajian perubatan, walaupun madu adalah bahan yang neutral pada umumnya, ia mungkin boleh menyebabkan kesan alah atau alergi kepada bayi. Ini kerana, madu (termasuk madu yang telah ditapis dan dibersihkan) masih mengandungi peratusan kecil madu debunga (‘bee pollen’) yang boleh menyebabkan reaksi alergi kepada sesetengah orang.

Kepada bayi yang berusia kurang dari 6 bulan, ini boleh mendatangkan bahaya kerana sistem imun golongan bayi ini masih belum sempurna. Oleh itu, untuk langkah keselamatan, kita tidak digalakkan memberi madu kepada bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Anda mungkin juga dapat lihat amaran sebegini pada label produk madu.

Khasiat Madu untuk Mengurangkan Berat Badan

Benarkah madu boleh mengurangkan berat badan? Bagaimanakah caranya?

Jawapan untuk persoalan di atas adalah : Ya, tetapi ia bergantung kepada diet anda secara keseluruhannya.

Madu mengandungi nutrien seperti mineral and asid amino yang membantu metabolisme badan dalam meleraikan molekul lemak. Namun begitu, dengan hanya menambah madu dalam diet harian anda tidak akan berkesan mengurangkan berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu menggantikan pengambilan gula biasa dengan madu.

Langkah penggantian ini penting kerana gula biasa pada dasarnya bertukar menjadi lemak sekiranya tidak digunakan oleh badan. Bukan itu sahaja, gula biasa juga akan menggunakan nutrien mineral dan asid amino daripada madu untuk metabolisme. Ini mengurangkan nutrien sama daripada digunakan untuk metabolisme lemak badan. Oleh demikian, pengambilan gula biasa secara berterusan akan mengakibatkan berat badan semakin bertambah.

Sebaliknya, madu mengandungi gula yang mudah dihadam seperti fruktosa, glukosa and maltosa. Madu juga kaya dengan tenaga , penting bagi mereka yang berdiet supaya bertenaga sepanjang hari dan menghalang daripada pengambilan makanan lain yang menggemukkan.

Tambahan pula, madu menjadikan makanan diet anda lebih menyelerakan berbanding dengan diet yang langsung tanpa gula. Ini menjadikan proses pengurangan berat badan lebih selesa dan peluang anda meneruskan usaha anda juga lebih besar!

Satu penyelidikan dari Waikato University di Hamilton, New Zealand dapat menggambarkan khasiat madu dalam mengurangkan berat badan dengan lebih jelas. Dalam penyelidikan tersebut, 3 kumpulan tikus diberikan 3 jenis makanan – makanan tanpa gula, makanan bercampur gula biasa dan makanan bercampur madu. Hasilnya, tikus yang memakan makanan bercampur gula biasa bertambah berat badan paling banyak, manakala berat badan tikus yang memakan makanan tanpa gula dan makanan bercampur madu adalah hampir sama! Ini menunjukkan madu mampu membantu and mengurangkan berat badan di samping menjadikan diet anda lebih lazat dan berkhasiat.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mulakan diet anda dengan menukar gula biasa dengan madu dan Insya-Allah, usaha mengurangkan berat badan anda akan berjaya.

Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung

Adakah madu selamat digunakan oleh ibu mengandung? Apakah cara yang betul untuk menggunakan madu bagi ibu mengandung?

Daripada pengalaman ibu-ibu mengandung yang mengambil madu semasa hamil, bukan sahaja madu selamat digunakan, malah khasiat madu baik untuk ibu and kandungan.

Sila lihat artikel : Khasiat Madu untuk Bayi

Madu dapat mengurangkan rasa loya ketika mengandung, terutamanya pada waktu pagi. Untuk kesan yang terbaik, ambil madu sebelum tidur setiap hari.

Madu juga mampu mengekalkan daya tahan penyakit ibu sewaktu mengandung. Biasanya, ibu hamil sering mendapat selesema kerana sistem daya tahan mereka lebih lemah pada ketika ini. Dengan mengambil madu, bahan anti-bakteria di dalam madu mampu menyokong sistem daya tahan ibu sewaktu mengandung.

Di samping itu, madu boleh mengelakkan masalah sembelit, yang sememangnya sering dialami ibu mengandung. Kandungan pelawas dan anti-bakteria di dalam madu membantu sistem penghadaman ibu mengandung.

Khasiat madu untuk ibu mengandung yang lain termasuklah membolehkan tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan mengelakkan hipertension.