Category Archives: pengenalan madu

Membezakan Madu Asli dan Palsu Dengan Cepat

Sebelum ini, Khasiat-madu.com telah memaparkan cara-cara membezakan madu asli dan palsu di dalam artikel lepas. Tetapi selepas lawatan riadah ke Cameron Highlands baru-baru ini, kami mendapati cara-cara yang dikongsi dalam artikel tersebut mungkin agak susah untuk diguna-pakai ketika di jalanan. Jadi, Khasiat-madu.com telah memikirkan beberapa cara mudah untuk peminat-peminat madu mengenalpasti keaslian madu dengan cepat di dalam keadaan yang tidak mengizinkan anda untuk menguji madu dengan teliti.

Cameron Highlands, Pahang memang antara kawasan yang popular di kalangan pembeli madu untuk mendapatkan madu yang asli dan berkualiti. Di sini, terdapat beberapa ladang lebah yang mengeluarkan produk madu. Sesungguhnya, kami lebih gemar membeli madu di sini kerana kewujudan ladang lebah bermakna madu asli ada dihasilkan di tempat yang sama.

Di sepanjang perjalanan ke Cameron Highlands, anda akan dapat melihat botol-botol madu yang dijual oleh orang asli di sana. Di pasar-pasar sekitar Brinchang pula, anda akan mendapati banyak gerai yang menjaja madu (di samping produk utama – strawberi dan jagung).

Walau bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan ada penjual yang ingin mengaut keuntungan lebih dengan menjual madu palsu atau madu yang dicampur. Di dalam keadaan orang ramai berpusu-pusu dan ketiadaan bahan-bahan untuk menguji madu dengan teliti, mungkin sukar untuk anda menentukan keaslian madu yang dijual.

Oleh itu, berikut adalah cara-cara mudah yang boleh digunakan untuk menguji keaslian dan kualiti madu :

  • Lihat pada lapisan buih di atas botol madu. Jika buihnya terlampau atau tiada buih langsung, maka madu tersebut mungkin kurang asli.
  • Lihat sama ada madu putih (atau royal jelly) juga dijual dengan madu biasa. Jika madu putih dijual dalam kuantiti yang banyak (sama banyak dengan madu biasa), kemungkini madu tersebut tidak asli. Madu putih biasanya hanya didapati dalam kuantiti yang sedikit berbanding madu biasa dan amat sensitif kepada cahaya dan cuaca panas. Penjual madu yang berpengalaman sepatutnya arif dengan cara untuk menyimpan madu putih dan tidak menjualnya berbotol-botol di jalanan.
  • Cuba bertanya kepada si penjual sama ada dia mempunyai ladang lebah di kawasan berdekatan. Mereka yang mempunyai ladang lebah mempunyai kebarangkali yang lebih tinggi menjual madu asli. Jika berkesempatan, adalah lebih baik untuk terus ke ladangnya untuk membeli madu.

Berbekalkan tip di atas, Insya-allah, saudara-saudari dapat membeli madu asli yang berkualiti. Untuk bekalan madu asli yang berkualiti, anda boleh beli madu secara online daripada kami.

 

Cara Membezakan Madu Asli and Palsu

Madu asli atau palsu? Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati penjual madu di jalanan.

Pada hakikatnya, madu palsu memang wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah jenis madu seperti madu tualang). Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada di pasaran adalah madu palsu!

Bagi mereka yang yakin akan khasiat madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti. Tertipu duit mungkin perkara kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan boleh memudaratkan badan.

Jadi, pengetahuan dan pengalaman dalam cara membezakan madu asli dan palsu amat penting. Bagi madu asli pula, anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk memastikan tahap keaslian dan kualitinya.

  • Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.
  • Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut.
  • Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
  • Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
  • Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan.
  • Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
  • Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
  • Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.

Jenis-Jenis Madu

Madu Tualang

Madu Tualang merupakan madu lebah yang diambil dari pokok tualang hutan. Pokok tualang selalunya tumbuh tinggi di dalam hutan tebal dan

Madu Tualang dipercayai terhasil oleh lebah madu di dalam hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bunga hutan (poliflora). Itulah sebabnya ramai yang mempercayai madu ini mempunyai nilai khasiat yang tinggi berbanding madu biasa yang lain.

Tambahan pula, sarang lebah madu tualang sukar dijumpai kerana pengutip madu lebah perlu meneroka jauh ke dalam hutan. Sesudah dijumpai, sarang lebah selalunya hinggap di dahan pokok tualang yang tinggi. Kesukaran menuai madu tualang menjadikan madu ini mendapat permintaan ramai dan boleh mencecah harga yang tinggi di pasaran.
Ingin beli madu tualang?

Madu Sidr @ Madu Yaman (Yemen)

Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Pokok sidrMadu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.

Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.

Madu Ratu (Royal Jelly)

Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).

Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia.

Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan.

Madu Propolis

Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek.

Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit.

Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di Brazil.

Madu Manuka

Madu Manuka merupakan madu yang dimpot daripada New Zealand. Madu Manuka terhasil oleh madu lebah yang hidup berhampiran pokok manuka (Leptospermum scoparium), di kawasan luar bandar New Zealand yang mempunyai udara yang bersih.

Oleh itu, madu lebah manuka mengambil nektar dari satu jenis bunga sahaja (monoflora). Madu ini ada yang dihasilkan secara liar dan ada yang dihasilkan oleh lebah ternak.

Madu ini popular di pasaran antarabangsa kerana kandungan bahan anti-bakteria yang tinggi. Bahan anti-bakteria ini dipanggil Unique Manuka Factor (UMF) dan produk madu manuka diukur mengikut kadar kandungan bahan tersebut. UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk kegunaan merawat penyakit. Sila rujuk laman Unique Manuka Factor® Honey Association untuk maklumat lanjut.

Madu Kelulut

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok).

Sarang lebah kelulut

Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.

Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.