Category Archives: resepi madu

5 Minuman Berkhasiat Madu

Sebenarnya meminum madu dengan air kosong adalah cara yang terbaik untuk menikmati khasiat madu.

Berikut adalah senarai 5 minuman berkhasiat campuran bersama madu :

Madu dan halia
Campuran madu dengan halia berkhasiat untuk menghilangkan batuk dan mengeluarkan angin. Minuman ini berkesan untuk memulihkan pelbagai penyakit berkaitan kerongkong dan pernafasan (seperti lelah).
Madu dan kayu manis
Campuran madu dengan kayu manis berkesan menyembuhkan penyakit-penyakit yang agak serius seperti sakit sendi, kolestrol darah yang tinggi dan mencegah sakit jantung. 
Mungkin antara khasiat yang paling menarik dari minuman ini adalah ia dapat menguatkan tenaga batin.
Cara menyediakan adalah dengan mencampurkan satu bahagian madu dengan satu bahagian serbuk kayu manis.
Madu dan jintan hitam (Habbatussauda)
Madu dan Habbatussauda (jintan hitam) kedua-duanya merupakan peyembuh kepada segala macam penyakit. Campuran minuman ini sudah tentu mempunyai seribu satu khasiat yang terlalu panjang untuk disenaraikan di sini.
Madu dan limau nipis
Campuran madu dengan limau boleh melegakan batuk dan suara serak. Minuman ini juga membantu penghadaman.
Madu dan cuka (epal)
Campuran madu dengan cuka. Cuka epal kerap dicadangkan untuk campuran ini. Bahan aktif dalam minuman ini adalah asid dalam cuka.
Asid dalam cuka dikatakan boleh meyeimbangkan alkali dalam darah. Khasiatnya adalah dalam mencegah selesema, sinus dan pelbagai penyakit biasa.

Anda dapat lihat ramuan minuman di atas hanya menggunakan bahan-bahan dapur biasa yang mudah didapati. Namun perlu diingatkan, minumnya bukan sekali dua, tetapi diamalkan sepanjang masa untuk merasai kesannya.

10 Cara Mudah Menikmati Khasiat Madu

Ramai pengamal madu mungkin akan tertanya pada suatu ketika, “Adakah cara lain mengambil madu selain daripada terus makan begitu sahaja?”. Sudah tentu. Bahkan ada pelbagai cara kreatif menikmati khasiat madu tanpa memerlukan persediaan atau bahan-bahan yang rumit.

Di sini, Khasiat-Madu.com berkongsi 10 cara mudah untuk menikmati khasiat madu.

  1. Campurkan madu dengan air kosong. Boleh juga dicampurkan dengan minuman lain seperti air limau / lemon, jus oren, teh dan juga kopi. Madu boleh menggantikan gula untuk kurangkan manis dalam minuman harian.
  2. Sapukan madu pada roti. Lebih harum dengan roti bakar.
  3. Gunakan sebagai perasa tambahan pada jem buah-buahan buatan sendiri.
  4. Sapukan atau cecahkan madu dengan biskut.
  5. Gunakan madu sebagai perasa tambahan (atau dressing) pada salad buah-buahan.
  6. Sapukan madu pada daging sebelum digoreng atau dipanggang.
  7. Tambahkan madu pada oat atau bijirin sarapan (pastikan ia tidak dibuat terlalu basah).
  8. Tambahkan madu pada penkek.
  9. Tambahkan madu pada aiskrim. Ia menjadikan snek anda lebih sihat.
  10. Makan madu bersama-sama cebisan sarang lebah. Sarang lebah dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri.

Selain cara-cara di atas, madu sering dijadikan antara ramuan untuk resipi yang lebih lengkap seperti ayam madu. Kepada para peminat madu yang ingin berkongsi cara kreatif anda mengambil madu, sila hantarkan resepi anda.