Khasiat Madu untuk Mengurangkan Berat Badan

Benarkah madu boleh mengurangkan berat badan? Bagaimanakah caranya?

Jawapan untuk persoalan di atas adalah : Ya, tetapi ia bergantung kepada diet anda secara keseluruhannya.

Madu mengandungi nutrien seperti mineral and asid amino yang membantu metabolisme badan dalam meleraikan molekul lemak. Namun begitu, dengan hanya menambah madu dalam diet harian anda tidak akan berkesan mengurangkan berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu menggantikan pengambilan gula biasa dengan madu.

Langkah penggantian ini penting kerana gula biasa pada dasarnya bertukar menjadi lemak sekiranya tidak digunakan oleh badan. Bukan itu sahaja, gula biasa juga akan menggunakan nutrien mineral dan asid amino daripada madu untuk metabolisme. Ini mengurangkan nutrien sama daripada digunakan untuk metabolisme lemak badan. Oleh demikian, pengambilan gula biasa secara berterusan akan mengakibatkan berat badan semakin bertambah.

Sebaliknya, madu mengandungi gula yang mudah dihadam seperti fruktosa, glukosa and maltosa. Madu juga kaya dengan tenaga , penting bagi mereka yang berdiet supaya bertenaga sepanjang hari dan menghalang daripada pengambilan makanan lain yang menggemukkan.

Tambahan pula, madu menjadikan makanan diet anda lebih menyelerakan berbanding dengan diet yang langsung tanpa gula. Ini menjadikan proses pengurangan berat badan lebih selesa dan peluang anda meneruskan usaha anda juga lebih besar!

Satu penyelidikan dari Waikato University di Hamilton, New Zealand dapat menggambarkan khasiat madu dalam mengurangkan berat badan dengan lebih jelas. Dalam penyelidikan tersebut, 3 kumpulan tikus diberikan 3 jenis makanan – makanan tanpa gula, makanan bercampur gula biasa dan makanan bercampur madu. Hasilnya, tikus yang memakan makanan bercampur gula biasa bertambah berat badan paling banyak, manakala berat badan tikus yang memakan makanan tanpa gula dan makanan bercampur madu adalah hampir sama! Ini menunjukkan madu mampu membantu and mengurangkan berat badan di samping menjadikan diet anda lebih lazat dan berkhasiat.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mulakan diet anda dengan menukar gula biasa dengan madu dan Insya-Allah, usaha mengurangkan berat badan anda akan berjaya.